Saya punya KPI dekat 100%, tidak risau rombakan kabinet -Mohamaddin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata beliau tidak risau dengan kemungkinan berlakunya rombakan kabinet.
Ditanya pemberita berkaitan prestasinya yang dikatakan “buruk”, Mohamaddin berpendapat sebaliknya.
“Tahun lepas saya tak tahu. Yang saya tahu saya punya prestasi itu dekat 100 peratus,” katanya menjawab soalan pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Mohamaddin merujuk kepada pencapaian indeks prestasi utama (KPI) untuk separuh pertama tahun lalu, menurut seorang pegawainya yang bercakap kepada media selepas itu.
Semalam, Menteri Pendidikan Maszlee Malik meletakkan jawatan selepas bertemu Perdana Menteri Mahathir Mohamad di Putrajaya.
Maszlee antara menteri yang mendapat banyak kritikan awam dan berdepan pelbagai kontroversi.
Tinjauan beberapa beberapa pihak sebelum berakhirnya 2019 mendapati Maszlee antara menteri paling tidak popular.
Bagaimanapun, Mohamaddin juga berada dalam kedudukan hampir sama.
Ditanya sama ada akan terdapat rombakan kabinet tidak lama lagi, beliau berkata perkara itu patut diajukan pada Mahahtir,
Mohamaddin juga mengelak untuk mengulas berhubung peletakan jawatan mengejutkan Maszlee semalam.
sumber info: MalaysiaKini