Sekurangnya, Maszlee boleh "frame"kan keputusan petisyen sebagai kenangan
KUALA LUMPUR: Satu petisyen mendesak agar Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan dilancarkan petang Khamis.
Petisyen yang dilancarkan oleh oleh individu yang menamakan dirinya Tuah Kencana meletakkan sasaran awal 50,000 tandatangan.
Sehingga saat ini, petisyen tersebut mendapat lebih 350,000 tandatangan yang mahu Maszlee dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan. Kini sasaran untuk melepasi 500,000 tandatangan.
Pada Khamis, Maszlee dalam satu sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan.
Walaupun petisyen ini diibaratkan seperti perbuatan yang sia-sia, tetapi ia mungkin serba sedikit dapat mengubat perasaan Maszlee yang sedang bermuram durja.
Mungkin keputusan petisyen yang ditandatangai beratus ribu penyokongnya boleh beliau "frame" kan untuk kenang-kenangan.
-Tun Carlos