Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Setelah dikecam rakyat, PH tidak jadi beli Vellfire untuk kegunaan Menteri



Baru-baru ini, satu Malaysia menjadi kecoh apabila dapat berita bahawa Kerajaan PH berniat untuk  membeli 32 unit Toyota Vellfire mewah untuk kegunaan Menteri-Menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Perkara ini telah mendatangkan kemarahan dan telah mendapat pelbagai kecaman daripada rakyat Malaysia kerana dikala Kerajaan memotong bantuan dan memberhentikan ramai staff Kerajaan, Menteri masih mahu berbelanja kereta mewah.




Harini ini, Menteri Kewangan telah membuat keputusan bahawa Menteri kabinet akan terus menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi dan bukannya Toyota Vellfire.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga dipetik berkata keputusan itu dibuat selepas sebuah syarikat yang dilantik untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa terdapat bekalan Proton Perdana yang mencukupi.

“Sekarang kita dapat maklumat, atau pengesahan, bahawa kereta Perdana mencukupi. Ini tak jadi masalah.




"Harap jangan gembar-gemburkan yang bukan-bukan. Jangan gembar-gembur yang tak benar,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Lim menjelaskan bahawa sebelum ini syarikat berkenaan itu tidak membekalkan kenderaan jenis Perdana, justeru kerajaan memberi pilihan walaupun pada dasarnya tetap mahu terus menggunakan Perdana.

“Sebenarnya ini (Toyota Vellfire) adalah pilihan. Bila kontrak diberikan, ia untuk menteri, kita nak kekalkan Perdana tetapi kerana syarikat tak keluarkan Perdana, ini jadi masalah.




“Yang ada tak cukup untuk menteri-menteri dan juga timbalan. Itu sebab kita beri pilihan, sekiranya tiada (Perdana), kita pilih yang lain,” katanya.

Menurut Lim kontrak yang diberikan kepada syarikat berkenaan dibuat oleh jawatankuasa tender dan dirinya tidak terlibat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail bulan lalu berkata bahawa kerajaan dalam rangka melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan rasmi dan perjanjian itu membabitkan 32 unit Toyota Vellfire yang akan dibekalkan kepada para menteri.

Selain itu, adalah dilaporkan bahawa 3,000 unit Honda Accord akan dibekalkan untuk pegawai kanan kerajaan. -Tun Carlos