Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Shafie janji bina pejabat daerah baru untuk orang Kimanis


PRK KIMANIS | Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal berjanji untuk membina sebuah pejabat daerah baru di Bongawan yang berada di kawasan Parlimen Kimanis.

"Kita akan luluskan penubuhan satu pejabat daerah di kawasan ini," katanya ketika sesi bertemu penduduk di Bongawan malam tadi.

"Saya janji di Kelabakan pada PRU lalu, kalau kita menang saya akan adakan satu pusat daerah kecil di Kelabakan. Sudah ada pun pusat daerah kecil di Kelabakan, bukan cakap bohong.




"Saya jarang berjanji. Tujuan saya bukan apa, kita nak serahkan usia kita, tenaga kita di negeri tercinta di Sabah," katanya sebelum mengakhiri ucapan.

Pemudah acara kemudian meminta orang ramai berdiri sebagai tanda penghargaan kepada Shafie kerana mengumumkan pejabat daerah berkenaan.

Pada masa ini, penduduk di Bongawan mengambil masa perjalanan selama 40 minit untuk ke Pejabat Daerah Papar.




Ini walaupun terdapat pejabat sub-daerah di Membakut yang hanya mengambil masa 20 minit perjalanan.

Ini kerana Bongawan terletak di daerah Papar manakala Membakut di bawah daerah Beaufort.

Buat masa sekarang, pejabat pos, bank dan bahkan hospital pun masih belum ada di Bongawan sejak Warisan mentadbir Sabah.




Kerusi pilihan raya kecil Parlimen Kimanis akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Warisan, Karim Bujang dan calon BN, Mohamad Alamin.

Isu yang panas di Sabah sekarang adalah isu PSS dan PATI. Hari pengundian ditetapkan pada 18 Jan.

-MalaysiaKini