Shafie mahu orang Kimanis lupakan Skandal Projek IC, kenang jasa Tun M yang lain
PRK KIMANIS: Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal turut mempertahankan Tun Dr Mahathir berhubung skandal 'projek IC' dalam memberi kad pengenalan kepada warga asing pada tahun 1980-an, dengan menyalahkan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika itu.
Skandal itu juga pernah didedahkan oleh DAP dan juga rakan-rakan parti komponen Pakatan Harapan yang lain ketika lama dahulu.
Shafie berkata demikian selepas ditanya sama ada Mahathir dalang 'Projek IC' kerana masih terdapat rakyat Sabah yang mengaitkan perdana menteri itu dengan skandal berkenaan.
Penduduk Sabah terutamanya di Kimanis mengaitkan Mahathir dengan 'projek IC', yang menyaksikan beribu-ribu orang asing diberi kewarganegaraan, yang sekali gus mengubah demografi negeri itu.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai perkara itu telah menyalahkan penjawat awam yang rasuah dalam skandal berkenaan.
Mengikut rekod, Mahathir pada 2013 mempertahankan pemberian kewarganegaraan kepada orang asing di Sabah sebagai tindakan "sah" dan membandingkan bagaimana Tunku Abdul Rahman juga memberikan kewarganegaraan kepada banyak orang yang dikatakan sebagai "orang yang tidak layak" ketika beliau berkuasa.
"Orang harus melihat kepada jumlah sumbangan Dr Mahathir Mohamad dan bukan hanya memberi tumpuan satu atau dua peristiwa yang tidak disenangi tentang perdana menteri." kata Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal.
"Tun (Mahathir) telah menyumbangkan banyak. Jangan menafikan itu," katanya sambil menambah Mahathir menyumbang banyak kepada pembangunan kepada walaupun terdapat banyak halangan.
"Ada had untuk kita dan manusia bukan malaikat. Kita bukan sempurna dan kita tetap akan membuat kesilapan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perayaan Krismas di Pekan Membakut, Sabah pada hari pertama kempen PRK Kimanis.
Tambah Shafie, dalam tempoh kedua menjadi perdana menteri, Mahathir sedar beliau perlu melakukan perkara baik.
Justeru, kata Shafie, itu merupakan sebab Mahathir mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Khas untuk Semakan Perjanjian Malaysia (MA63).
"Jadi, jangan hanya melihat satu atau dua peristiwa dan tidak menghargai sumbangan besar yang dibuatnya," katanya, sambil menambah Mahathir peka dengan suara rakyat Sabah.
Terdahulu, Shafie mengesahkan bahawa Mahathir tidak akan turun berkempen di Kimanis kerana sibuk dengan tugas pentadbiran.
Sementara itu, Shafie menegaskan sokongannya terhadap Mahathir.
"Saya memberitahu (Mahathir) bahawa selagi dia di sana, saya akan memberi sokongan penuh kepadanya," katanya.
"Untuk kami, sesiapa perdana menteri, kami akan memberi sokongan penuh," kata Shafie.
sumber info: MalaysiaKini