Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sistem cukai GST memberi banyak manfaat kepada Sabah Sarawak -Shafee



SEMASA zaman Kerajaan Barisan Nasional, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang dijawat oleh Shafie Apdal sering diberi peruntukan yang kedua terbesar (selepas Kementerian pendidikan) dalam bajet tahunan.

Sebuah klip video ucapan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal di Parlimen telah dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri DS Najib Razak di facebook beliau semalam.





Dalam video tersebut, Shafie mendedahkan bahawa dari pertuntukan tahunan sebanyak RM20 billion kepada Kementeriannya, RM13 billion telah diberikan oleh Najib untuk dikongsikan kepada Sabah dan Sarawak.

Shafee pada masa itu menyelar pihak Kerajaan negeri Selangor yang hanya pandai bercakap, tapi tiada kemudahan yang lengkap di tempat mereka. 





Mengulas mengenai video tersebut, Najib berkata pendekatan yang dilakukannya dahulu jauh berbeza berbanding masa Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Inilah antara usaha kerajaan BN masa Perdana Menteri Najib untuk memperbetulkan masalah legasi yang ditinggalkan Mahathir.





"Sebabnya ialah saya percaya ianya tidak adil bahawa pembangunan di pantai barat semenanjung Malaysia adalah jauh lebih maju berbanding Sabah dan Sarawak."

"Seperti yang dia (Shafie) jelaskan (dalam video) , sistem GST sebenarnya memberi manfaat paling besar untuk kawasan-kawasan yang kurang membangun kerana peruntukan yang diberi adalah jauh lebih besar berbanding cukai GST yang dikutip dari sana."





"Lagi kaya, lagi banyak berbelanja, lagi besar jumlah cukai GST yang kita kutip dari mereka. Selepasnya, kutipan itu diagihkan ke kawasan yang kurang membangun."

"Ini antara sebab DAP tak suka GST kerana masa dahulu mereka selalu mengadu kenapa kita tidak memberi peruntukan yang lebih besar kepada Selangor dan Pulau Pinang yang jauh lebih maju berbanding kawasan lain."

video: