Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq gantung tugas Pegawainya yang ditahan dalam parti dadah



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi, digantung tugas sehingga menanti siasatan dimuktamadkan.

Beliau menegaskan, semua rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira jawatan dan status mereka.




“Saya dimaklumkan berkenaan penahanan beberapa individu termasuk pegawai KBS oleh pihak polis awal pagi tadi.

“Susulan itu, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip keluhuran undang-undang. Saya juga akan menggantung tugas pegawai yang terlibat sementara menanti siasatan dimuktamadkan

“Rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara tanpa mengira jawatan dan status,” katanya. -BH Online

BACA: Adun PH dan Pegawai Menteri kantoi dadah