Syed Saddiq gesa PH fokus bangunkan Malaysia, bukan isu bila Anwar jadi PM
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PJH) mengingatkan kepada semua pemimpin PH berhubung isu penetapan tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim seharusnya dibincang dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
"Saya mewakili Pemuda PH, perkara ini sepatutnya baik dibincangkan dalam Majlis Presiden PH di mana saya salah seorang ahli.
"Di situ kita bincang dalam salah satu muafakat sama seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ini kita semua bersama bersatu hati," katanya ketika ditemui di Kimanis, Sabah petang tadi.
Iklan
Sebelum itu, Ketua Pemuda PKR (AMK) Akmal Nasir menggesa Sekretariat PH memastikan Majlis Presiden gabungan itu menetapkan tarikh pada Mei tahun ini berhubung peralihan kuasa jawatan perdana menteri.
Akmal berkata persetujuan agar peralihan kuasa berlaku dalam tempoh dua tahun sejak PH menjadi kerajaan pada Mei 2018 perlu diperincikan dan dimuktamadkan tarikhnya.
Tidak bersetuju dengan tindakan Akmal, Syed Saddiq berkata adalah lebih penting untuk semua pemimpin parti itu memastikan muafakat politik yang dibina selama ini bagi membangunkan negara.
"Jadi lebih baik kita fokus, kita pastikan muafakat politik ini yang mana kita semua bersatu tak kira bangsa dan agama bagi memastikan pembangunan Malaysia," katanya.
-Tun Carlos