Sekali lagi, Barisan Nasional telah maraih kemenangan yang manis di Kimanis
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya bagi PRK Kimanis baru saja mengumumkan Mohamad Alamin dari Barisan Nasional mendapat 12,706 undi, menewaskan pencabar daripada Warisan, Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi. Majoriti sebanyak 2,029 undi.
Sebanyak 320 undi ditolak. Peratusan pengundian 79.92%
Dengan ini Mohamad Alamain dari BN telah diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen baru untuk Kimanis.
Ini adalah kemenangan kelima BN daripada sembilan PRK yang diadakan sejak PRU14.
BN sebelum ini menang di PRK Tanjung Piai, Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri Semenyih dan Rantau.
Papan tanda propaganda Warisan di PRK Kimanis |
Di peringkat awal daripada tinjauan pelbagai pihak termasuk Ilham center dan sebagainya, BN dikatakan agar sukar untuk menang di Kimanis kerana Warisan mempunyai kelebihan dari segi sokongan rakyat yang masih selesa dengan PH, sokongan dari Kerajaan, kelebihan sumber dan dana.
Selain daripada sokongan yang diberikan oleh PAS dan parti-parti Pembangkang Sabah, isu PSS dikatakan telah menjadi senjata ampuh BN semasa kempen di Kimanis. Ini menandakan rakyat Sabah tidak selesa dengan keputusan Kerajaan untuk meneruskan projek PSS.
Menurut BN, kemenangan ini adalah referendum dari rakyat terhadap PH pimpinan Mahathir. Keputusannya paling jelas, rakyat kecewa dengan Kerajaan sekarang.
Gambar sekitar pengumuman keputusan pilihanraya PRK Kimanis:
Tahniah BN ..!!!!
-Tun Carlos