Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Tahniah Maszlee kerana boleh berehat, dari terus dimaki rakyat." Anina


Berita mengenai pengumuman perletakan jawatan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik menjadi tajuk panas pada hari ini. Ini juga turut menarik perhatian bekas Pengasas Parti BERSATU, Anina Saadudin yang juga kawan lama beliau.

Banyak perkara yang didedahkan Anina di dalam posting beliau di Facebook sempena perletakan jawatan Maszlee. Beliau menyifatkan perletakan jawatan itu adalah rancangan Tun Mahathir semata-mata demi survival politik Perdana Menteri ke 7 itu.




Berikut adalah kenyataan penuh Anina:

"MASZLEE MALIK DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN TUN MAHATHIR"

Saya mendengar ucapan terakhir Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan 4:30 petang tadi.

Sebagai pengasas PPBM saya merasa kecewa kerana Tun Mahathir gagal pertahankan anak buah sendiri namun begitu lah Tun Mahathir.




Saya fikir isu paling dekat dengan rakyat marhaen hari ini adalah kenaikan harga barang.

Menteri yang perlu meletak jawatan paling awal adalah Saifudin Nasution kerana walaupun tanpa GST harga barang naik seolah-olah KPDNKK sudah lumpuh!




Begitu juga dengan Azmin Ali yang dilihat sebagai cancer yang mengancam nyawa PH.

Begitu juga dengan Syed Saddiq yang menjadi menteri paling gagal dan menjadi punca anak muda "pissed off" dengan PH.

Paling dibenci umat Islam di negara ini bukan Guan Eng, tapi Mujahid Yusoff Rawa!




Mungkin juga Maszlee menjadi kambing hitam untuk Tun Mahathir menjadi Menteri Pendidikan yang akan menjadi juara orang Melayu mempertahankan isu tulisan Jawi dan isu UEC.

Saya tidak melihat Tun Mahathir mengambil keputusan ini untuk kepentingan sesiapa melainkan dirinya.



Percayalah, Tun Mahathir tidak ambil keputusan ini untuk menjaga DAP kerana Tun Mahathir tidak akan tunduk kepada sesiapa melainkan untuk kepentingan dirinya.

Persoalannya, sampai bila politik negara ini hanya akan berkisar tentang survival Tun Mahathir semata-mata?

Secara peribadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Maszlee Malik kerana boleh berehat dari terus dimaki rakyat yang sudah tidak boleh bersabar lagi menunggu PRU15.




Sepanjang 20 bulan memegang jawatan Menteri Pendidikan, Maszlee adalah antara menteri yang paling kerap dikritik oleh saya.

Adat perjuangan, pasti ada tulisan dan ucapan saya yang menyinggung beliau.

Saya jalankan tanggungjawab saya sebagai aktivis politik.




Dari itu, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas keterlanjuran bahasa atau tindakan sepanjang saya mengkritik Maszlee.

Yang salah tetap salah, yang baik semoga Allah terima sebagai ibadah untuk beliau.

Perjuangan melawan kemungkaran PH akan diteruskan dan ianya bukan urusan peribadi sebaliknya ianya urusan rakyat. -Tun Carlos