Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak ada siapa yang dapat menggantikan Bossku di pentas antarabangsa -Anifah



KIMANIS: Bercakap di hadapan pengundi Kimanis pagi ini, bekas Menteri Luar Negara Anifah Aman menceritakan pengalaman beliau ketika bekerja di bawah bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.

"Saya di antara Menteri-Menteri yang rapat dengan DS Najib selama 9 tahun bekerjasama. Saya begitu terharu dan berterima kasih oleh kerana beliau seorang Perdana Menteri yang cukup hebat dipentas antarabangsa."




"Boleh saya katakan beliau setanding dengan pemimpin-pemimpin negara (hebat) yang lain. Apa saja mesyuarat kalau dipengerusi oleh Barack Obama dulu, dia suruh Najib mulakan dulu ucapan."

"Saya ada satu kesedihan bahawa setakat ini tidak ada nampak pengganti yang boleh mengambil tempat Bossku."




"Selama 9 tahun (bekerja) belum pernah (Najib) marah pada saya. Senang saya bekerja kerana dia seorang Perdana Menteri yang cekap. Apa yang sudah kita bincang, apa jua yang sudah kita utarakan semua dia ready (bersedia)."ujar Anifah.

Beliau berterima kasih kepada DS Najib kerana sudi datang ke Kimanis duntuk menyokong dan memberi semangat kepada jentera Barisan Nasional di sana.

Pilihanraya Kecil Kimanis akan berlangsung pada esok hari. -Tun Carlos


video: