Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ucapan "Bossku" sejurus selepas kekalahan teruk Warisan/PH di Kimanis



Kenyataan Facebook DS Najib Razak sejurus BN menang di Kimanis:

Dari awalnya, PRK Kimanis ini satu perjuangan yang nampak sukar bagi BN.

Bermula dengan pembatalan Dato’ Sri Anifah Aman sebagai wakil rakyat Kimanis oleh Kerajaan PH.

Sebelum kempen bermula sehinggalah waktu kempen berakhir, seluruh jentera negeri dan persekutuan mereka kerah ke Kimanis.




Menteri-menteri hadir dengan membawa dana dan membuat pelbagai pengumuman di Kimanis.

Berjuta wang ringgit ditabur.

Begitu dahsyat sekali.

Cabutan bertuah. Hadiah besar. Wang ringgit dikatakan ditabur sehingga ke saat akhir.

Ya, mereka kini angkuh berkuasa.




Sehinggakan ada juga ahli-ahli parti mereka bertindak di luar batasan undang-undang.

Ada yang berani membuang bendera BN.

Kempen Barisan Nasional amat sukar dan dikerdilkan berbanding sumber dan jentera yang mereka ada.

Tetapi mereka lupa.

Bahawa kuasa sebenar di tangan rakyat.




Sentimen terhadap PSS amat tinggi.

Sentimen terhadap PH juga amat tinggi.

Sehingga hari ini tidak ada secebis perancangan pembangunan untuk orang Sabah, untuk negeri Sabah.

Melainkan membuka pintu Sabah kepada warga asing.




Malah lebih menakutkan lagi sehelai dokumen PSS itu membolehkan pemegangnya ke Semenanjung Malaysia.

Malapetaka besar jika ini berlaku.

Apakah akan terjadi kepada Sabah?

Masihkah tanah rakyat Sabah atau orang luar?




Barisan Nasional tidak akan membenarkan ini berlaku.

Dan rakyat tidak mahu ini berlaku.

Masih segar dalam ingatan rakyat juga akan sumbangan dan jasa BN kepada Sabah.

Saya dan BN tidak pernah melupakan Sabah sehingga ke saat akhir PRU14.

Lebuhraya Pan Borneo dan pelbagai pembangunan lagi telah BN usahakan.




Jika BN masih berkuasa hari ini, ekonomi Sabah tidak akan terhenti seperti hari ini.

Sudah tentu banyak lagi yang akan dapat BN buat untuk meningkatkan lagi taraf hidup di Sabah.

Rekod BN jelas di Sabah.

Rakyat tahu.

Rakyat telah bersuara.




Warga pengundi Kimanis.

Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Mohamad Alamin untuk menjadi wakil rakyat.

Terima kasih kerana telah menegakkan keadilan untuk BN.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada BN berkhidmat untuk rakyat.

Percayalah dan yakinlah.




Bahu ke bahu BN berjuang bersama rakyat Sabah.

We will protect Sabah.

We want to develop Sabah.

We will fight for the people of Sabah.




Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen MCA dan MIC, parti-parti yang bersama dengan BN termasuk PBS, PBRS, STAR dan PAS serta para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini.

Ada satu iktibar yang hendak saya sebutkan di sini.

Kekalkan rakyat di hati dan perjuangan kita. Jangan sesekali kita leka dan lupa.

Kekalkan keyakinan dan keberanian bersuara untuk rakyat. Lawan tetap lawan.




Wahai Pakatan Harapan.

Enough is enough.

Cukuplah dengan janji manis dan pembohongan.

Sedarlah bahawa Malaysia benar-benar dalam krisis.




Rakyat gelisah dan bimbang akan pendapatan, kos sara hidup dan pekerjaan mereka.

Rakyat tidak tenteram memikirkan masa depan dan keluarga mereka.

Cukuplah dengan penafian bahawa semuanya baik dan lancar di Malaysia.

It is not.




Yang selesa kamu dan kroni, yang sengsara rakyat.

Saya dan rakan-rakan BN akan terus berdiri bahu ke bahu berjuang dan rakyat.

Suara Kimanis dan Sabah akan kami bawa ke Parlimen.

Terima kasih Kimanis. Terima kasih Sabah.

Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!

sumber: Facebook DS Najib Razak