Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

VIDEO: Kehidupan seorang guru di Wuhan ketika mereka dikuarantin



Seorang guru dari Scotland yang bekerja di Wuhan telah memuatnaik video untuk menunjukkan kepada dunia luar bagaimana keadaan  kehidupan sehariannya di Wuhan kitika saat Kerajaan China mengisytiharkan darurat dan menghalang kesemua rakyat Wuhan keluar dari wilayah itu.

Vidio itu bertarikh 27 Januari 2020, di mana dia mahu keluar untuk membeli makanan di sebuah pasaraya di sana.




Sebelum keluar dari apartmentnya, beliau memakai sarung tangan, dua lapis mask dan juga swimming goggles untuk melindungi matanya.

Wilayah Wuhan yang sentiasa sebok dengan kepadatan penduduk seramai 11 Juta orang itu hari ini telah mejadi seperti bandar hantu.




Jalanraya 10 lorong yang sebelum ini penuh sesak dengan kenderaan dan juga hiruk pikuk manusia, kini menjadi sunyi. Kelihatan hanya beberapa orang saya yang berani berada di luar.

Kenderaan seperti kereta juga telah diharamkan untuk digunakan ketika ini. Sesiapa yang didapati menggunakan kereta, mereka akan disaman.




Kereta hanya digunakan hanya untuk kegunaan tertentu sahaja.

Di dalam pasaraya pula kelihatan masih ada pelanggan tapi tersangat kurang. Walaupun begitu ia nampak agak tenang keadaan di sana dan stok masih banyak.

-Tun Carlos

video: