Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Virus belum sampai tahap buruk, tiada rancangan halang pelancong China masuk -Tun M




KUALA LUMPUR: Setakat ini Malaysia tidak ada rancangan untuk melarang kemasukan atau mengkaji semula visa kepada pelancong China, tetapi akan memantau rapat kemasukan mereka ke negara ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Pada masa ini kita memeriksa pelancong yang datang, terutama dari China. Kita tidak akan melarang mereka masuk, tetapi akan memeriksa mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini.


Beliau ditanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula dasar berhubung pelancong dari China yang diberikan visa percuma sehingga 15 hari bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Terdahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 3 kes positif novel koronavirus (2019 nCOV) membabitkan warga Cina.

Menterinya Dzulkefly Ahmad berkata, 3 kes tersebut merupakan keluarga terdekat kepada kes positif di Singapura yang melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun dari Wuhan, China.

BACA3 warga China mangsa koronavirus kini berada di Hospital Sg buloh


Mahathir berkata, pada masa ini jangkitan virus tersebut di Malaysia belum sampai ke tahap yang buruk, walaupun kerajaan akan terus memeriksa kemasukan pelancong ke negara ini.

“Buat masa ini (belum sampai tahap buruk), tetapi kita akan memeriksa semua pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati rakyat supaya memakai topeng muka ketika berada dalam kumpulan orang ramai. -FMT

Follow kami di Telegram untuk maklumat terkini: https://t.me/tuncarlos