Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Virus Wuhan kini merebak dari manusia ke manusia, apa tindakan Kerajaan Malaysia?



BEIJING: Mangsa kedua meninggal dunia di China akibat virus Wuhan yang dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang sudah menjangkiti berpuluh-puluh orang dan turut muncul di dua negara Asia lain.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seorang lelaki berusia 69 tahun mati pada Rabu lalu di Wuhan yang dipercayai menjadi pusat penularan wabak koronavirus daripada keluarga sama dengan patogen SARS yang meragut banyak nyawa.




Virus itu diberi nama Wuhan kerana ia dipercayai mula merebak dari daerah Wuhan, China di mana ia mula dijangkiti daripada haiwan eksotik yang dijual secara haram di sana.


Wabak itu sekali gus mencetuskan keresahan berikutan kaitannya dengan SARS yang mengorbankan 349 orang di tanah besar China dan 299 lagi di Hong Kong antara 2002 hingga 2003.


Setakat hari ini sebanyak 218 orang dijangkiti virus ini dan ia menyebabkan pihak berkuasa di Hong Kong turut meningkatkan langkah mengesan, termasuk mengadakan pemeriksaan suhu terhadap pelancong yang masuk ke negara berkenaan.




Menurut suruhanjaya kesihatan Wuhan, 12 orang sudah sembuh dan keluar dari hospital, manakala lima lagi berada dalam keadaan serius.

Katanya, lelaki meninggal dunia itu dilaporkan jatuh sakit pada 31 Disember lalu sebelum keadaan mangsa menjadi kian teruk pada 4 Januari dengan ‘pulmonary tuberculosis’ dan mengalami kerosakan fungsi pelbagai organ tubuh.




Dua kes lain dikesan di Thailand dan Jepun dengan pegawai kesihatan di kedua-dua negara berkenaan menyatakan bahawa pesakit terbabit melawat Wuhan sebelum itu.

Hari ini berita CNN melaporkan bahawa saintis telah mendapati virus ini semakin merbahaya sehingga ia sudah boleh dijangkiti dari manusia ke manusia.




Seorang doktor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, tidak mengejutkan sekiranya berlaku ‘beberapa jangkitan terhad dari manusia ke manusia, terutama dalam kalangan ahli keluarga yang saling berhubung rapat’.

Malaysia dijangka menerima kehadiran 30 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan jumlah pelancong China dijangka bertambah dengan pelepasan visa 15 hari yang diberikan kerajaan, baru-baru ini.

Kerajaan Malaysia tidak seharusnya mengambi sikap lewa mengenai wabak ini. Kedatangan pelancong-pelancong dari China terutamanya akan mendedahkan rakyat Malaysia kepada wabak ini.

-Tun Carlos

video: