Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wang UMNO Kelantan kini jadi milik Kerajaan PH



Wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Umno Kelantan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya dilucut hak dan kini menjadi milik Kerajaan Pakatan Harapan.

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh dipetik Berita Harian membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melucut hak harta berkenaan kepada kerajaan.




Ahmad Shahrir dalam penghakimannya, berkata pendakwa raya berjaya membuktikan wang yang disita itu adalah hasil daripada aktiviti haram.

Wang tersebut yang disita SPRM pada tahun 2018 selepas didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Walaupun begitu, kes mahkamah yang melibatkan 1MDB dan SRC masih belum selesai dan masih lagi dalam perbicaraan. -Tun Carlos