Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warisan mahu bina kilang Gas di Kimanis, tak fokus Pan Borneo


MEMBAKUT: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menegaskan beliau mahu gas dikeluarkan di Sabah, yang kini disalurkan dari Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis melalui saluran paip ke Bintulu, Sarawak, dimanfaatkan untuk ekonomi hiliran di negeri ini.

“Kimanis perlu ada perubahan...saya sudah maklumkan Tun M (Dr Mahathir) dan Presiden PETRONAS, saya tidak mahu gas kita ke Bintulu.




"Kita mahu ada kilang di Kimanis, bukan di Bintulu sebab ia gas kita, kenapa pula kita mahu hantar sana,” katanya pada pelancaran jentera WARISAN PRK Kimanis pada Khamis lalu.

Menurut Shafie lagi, Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak takut dengan UMNO yang akan menentang calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari ini.




Sebaliknya, Presiden WARISAN itu menegaskan gabungan kerjasama parti berkenaan dengan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan komponen Pakatan Harapan (PH) akan dapat menumbangkan UMNO.

Jelasnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh datang beramai-ramai ke Kimanis dan menceritakan apa saja pada kempen PRK berkenaan.




“PRK ini membawa pengertian yang besar kerana ia boleh membuktikan sama ada rakyat Malaysia, orang Sabah di Kimanis ini boleh menentukan masa depan rakyat kita sendiri.

“Bukan UMNO atau BN yang menentukan masa depan Sabah, bukan Tanjung Piai yang menentukan Kimanis. Tanjung Piai lain, Kimanis lain..sana ada jalan, sini lumpur dan guna jambatan gantung, banyak bezanya,” katanya.




Berlainan dengan Barisan Nasional yang mementingkan transformasi infra untuk rakyat seperti projek raksasa Pan-Borneo yang akan memendekkan masa perjalanan orang Kimanis ke Kota Kinabalu dan juga ke tempat-tempat lain.

Bekas perdana Menteri Najib Razak pada Jumaat semasa program walkabout di Pekan Membakut, menyatakan rasa kecewa kerana projek Pan-Borneo hanya dibiarkan terbengkalai begitu saja oleh Kerajaan PH.

Pan Borneo yang diilhamkan oleh DS Najib adalah jajaran lebuhraya tanpa tol merentasi Sabah dan Sarawak yang akan memanfaatkan kesemua lapisan rakyat berbanding kilang GAS.

-Tun Carlos