YTL kroni atok, yang Maszlee kacau projek Bestari buat apa? -Lokman Adam
Sempena perletakan jawatan Menteri Pendidikan Maszlee Malik semalam, Dato Lokman Adam telah memuat naik satu video live beliau.
Beliau menyalahkan Maszlee kerana mengganggu projek Bestari.net sehingga menyebabkan kehilangan jawatan Menteri Pendidikan.
"Kalau nak jadi baruah Mahathir, jadilah baruah (Pak turut) sepenuhnya. buat apa yang kamu pergi kacau Bestari.Net milik YTL. "ujar Lokman
"YTL ni kroni atok (Tun Mahathir), yang kamu pergi kacau buat apa? Kan dah kena."
Menurut Lokman, dakwaan mengenai Maszlee dipaksa letak jawatan kerana memperjuangkan isu tulisan Jawi adalah tidak benar. Sebenarnya isu Jawi adalah agenda dari Tun Mahathir.
"Harini Alhamdulillah, barulah Maszlee kenal siapa dia manusia bernama Mahathir Mohamad, lepas dia perah kudrat kamu untuk kepentingan dia. Dia suruh lambung (naikkan) isu Jawi, takkan tak boleh fikir?"
"Tahun 1966, Khir Johari menghentikan tulisan Jawi. Selama 22 tahun dia (Tun M) jadi perdana Menteri dari 1981 sampai 2003 dia tidak pernah sekali pun sebut nak mengembalikan tulisan Jawi. Tiba-tiba kali ni dia suruh kamu mewajibkan Jawi di sekolah Cina dan India.
"Takkan tak boleh faham dan tak boleh nampak agenda tersirat Dr Mahathir ni?
Lokman turut menasihat Maszlee agar mencontohi Menteri Ekonomi, Azmin Ali.
"Next time kalau nak jadi pak turut, jadi pak turut sepenuhnya. Jangan sekerat -sekerat. Jika kamu jadi Pak Turut sepenuhnya kamu akan menikmati kemewahan macam Azmin Ali.
"Boss dia (Mahathir) pergi ke Okinawa bercuti, Azmin satu keluarga 15 orang naik first class MAS, advance payment sebab dah tak boleh berhutang. Takde orang nak percaya dah."
"Pergi ke Tokyo 15 orang, tapi balik 12 orang saja. Balik terus pergi ke London. Hebat tak hebat?"
Lokman Adam juga turut menasihati Maszlee agar meniru Menteri Pertahanan, Mat Sabu.
"Mat Sabu pergi bercuti ke South Africa, balik-balik terus sambung cuti pergi ke Bali bersama kontraktor-kontraktor MINDEF."
"Jadi bersabarlah banyak-banyak Maszlee, insyaallah ada rezeki di tempat lain" ujar Lokman di dalam video tersebut.
-Tun Carlos