Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

10 kes positif koronavirus di Malaysia, termasuk seorang lelaki dari Selangor


KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pada petang tadi telah membuat satu sidang media bagi mengumumkan kes yang ke 10 positif koronavirus di Malaysia.

Dua kes terbaru jangkitan virus 2019 nCoV telah dilaporkan pada 3 Februari 2020.

Kes pertama, seorang lelaki warga China berumur 63 tahun yang berasal dari  Wuhan dan tiba di KLIA pada 18 Januri 2020. Beliau mula mengalami demam ringan pada 23 Januari 2020 dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.




Kes telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan beliau telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 14 hari.

Beliau telah dikesan berada di Kepong dan diletakkan dalam wad isolasi Hospital Kuala Lumpur HKL. Pada 2 Februari 2020, demam masih berterusan dan beliau telah dimasukkan ke HKL bagi menerima rawatan lanjut.

Ujian makmal pada 3 Februari, beliau telah dikenalpasti positif virus Wuhan dan beliau masih dalam keadaan stabil di HKL.




Kes ke dua, pesakit merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor. Dia mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran dari 16 hingga 23 Januari 2020 bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Beliau pulang ke Malaysia pada 23 Januari 2020, dan pada 29 Januari 2020 beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Selanjutnya beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Febuari 2020 dan simasukkan ke wad isolasi.

Beliau disahkan positif 2019 nCOV pada 3 Februari 2020. Pesakit kini masih berada dalam keadaan stabil. KKM telah berhubung dengan Kementerian Kesihatan Negara jiran dan mereka mengesahkan aktiviti "contact tracing" telah pun dimulakan.

BACA: jumlah terkini Wuhan virus

-Tun Carlos