Ahli Parlimen PKR tak setuju UMNO kembali berkuasa menggunakan "pintu belakang".
KUALA LUMPUR, 5 Feb - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan alasan UMNO di sebalik rancangan untuk kembali berkuasa menggunakan kerajaan "pintu belakang".
Beliau berkata, tindakan Umno yang mahu menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk lanjutkan jawatan Perdana Menteri adalah ganjil, kerana penyokong dan anggota Umno gembira dan yakin dengan prestasi parti dalam pilihan raya kecil Tanjong Piai dan Kimanis November dan Disember tahun lepas.
"Kerajaan pintu belakang ini jelas mengkhianati undi rakyat dan tidak sihat untuk demokrasi. Jika Umno mempunyai hasrat untuk menjadi kerajaan sekali lagi, mereka harus memperbaiki parti dan menggunakan pilihan raya.
"Sekiranya ada pemimpin Umno yang yakin dengan perjuangan Dr Mahathir, mereka sepatutnya meninggalkan Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, apabila Dr Mahathir dihina dan diserang berulang kali, bukan ketika Pakatan Harapan berkuasa," katanya dalam kenyataan akhbar .
Dilaporkan bahawa Umno bercadang untuk menyokong dan bergabung dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sebagai usaha untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Nik Nazmi yang juga bekas Ketua Pemuda PKR berkata Umno harus terus menjadi Pembangkang yang berkesan untuk PH kerana mereka mempunyai pengalaman, sumber dan ahli-ahli untuk berbuat demikian.
"Pada masa ini Umno merupakan parti pembangkang terbesar di Parlimen, dan kadang-kadang mereka menimbulkan persoalan yang baik kepada kerajaan. Tidak seperti kami sebelum ini, Umno mendapat pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam di Parlimen dan juga Ahli Parlimen Pembangkang mendapatkan peruntukan dari kerajaan sementara mereka mempunyai akses kepada ruang media.
"Ini jauh dari pengalaman terdahulu kami dalam Pembangkang, apabila bukan sahaja kemampuan kami untuk menyemak pemerintahan Barisan Nasional telah disekat, tetapi beberapa wakil kami dianiaya dan dipenjarakan," katanya.
Dakwaan penggabungan antara Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Mahathir telah berlangsung selama beberapa bulan termasuk ketika 22 Ahli Parlimen Umno dilihat bertemu dengan timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali di rumahnya pada November tahun lepas.
Untuk rekod, Nik Nazmi adalah dari kem Anwar Ibrahim.
sumber: MalayMail