KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur esok.
Menurut setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, pertemuan itu dijadual diadakan pada pukul 2 petang.
"Ia sudah dirancang lebih awal," kata Farhash seperti dilaporkan portal Malaysiakini.
Anwar yang disebut-sebut sebagai "Perdana Menteri PM Tepi" kini sedang berhimpun bersama penyokong-penyokongnya di kediamannya di Segambut.
Turut diadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat serta kuliah yang diketuai oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Noor.
BACA: Pertukaran Kerajaan: Mesyuarat tergempar DAP esok
BACA: Najib sangkal dakwaan beliau tandatangan SD bentuk kerajaan baru
BACA: SPR bersedia hadapi kemungkinan Pilihanraya Umum
video:
sumber: AstroAwani