Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anwar tinggalkan kediaman setelah Mahathir dicalokan PH semula sebagai PM



KUALA LUMPUR – “Itu keputusan Pakatan Harapan,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Pakatan Harapan (PH) yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad semula sebagai Perdana Menteri.

Anwar meninggalkan kediamannya di Segambut pada jam 11.40 pagi bersama isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pagi tadi, beberapa pemimpin gabungan tersebut termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution,  Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu Tun Dr. mahathir Mohamad awal pagi tadi. Anwar tidak hadir dalam pertemuan itu.




Selesai pertemuan, Pakatan Harapan hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya, gabungan parti itu memaklumkan, ia berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan Pakatan Harapan dalam kerajaan.

Sumber: MalaysiaGazette

πŸ’’Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos