SHAH ALAM. Selepas melihat kegagalan dan kepincangan Syed Saddiq dalam mengemudi Armada. Exco Armada Nasional, Mohd Muzzammil Ismail hari ini mengumumkan keputusannya untuk merebut jawatan ketua pemuda Bersatu yang kini disandang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dakwanya, sayap pemuda Bersatu di bawah kepimpinan menteri belia dan sukan itu telah kehilangan sokongan anak muda.
Bukti kegagalan Armada dalam menarik sokongan belia, jelas Muzzammil ditunjukkan dengan kemerosotan sokongan golongan tersebut dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK).
"Kita lihat hari ini kepimpinan yang ada gagal membawa Armada, gagal menarik sokongan anak muda.
Muzammil bersama penyokongnya semasa sidang media hari ini |
"Perjuangan kita untuk pulihkan nama baik Armada yang hari ini dengan pelbagai kes dan isu yang tak perlulah saya sebut di sini," katanya kepada media pada sidang akhbar di Shah Alam, petang ini.
Keputusan Muzzammil itu menyaksikan Syed Saddiq bakal dicabar oleh dua individu dalam usahanya mempertahankan kerusi berkenaan dalam pemilihan sayap parti itu nanti.
Pada 26 Jan lalu, Bernama melaporkan penerbit filem yang juga ahli perniagaan Razalif Mohd Zain mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Armada pada pemilihan parti itu nanti.
Dalam pada itu Muzzammil berkata, penolakan anggota Armada terhadap Syed Saddiq cukup ketara dan gagal dibendung lagi.
"Saya pernah bagi tahu Syed Saddiq saya tak ada buat sebarang gerakan, gelombang penolakan ini memang wujud," katanya lagi.
Jelasnya lagi, Bersatu juga perlu menonjolkan yang parti itu bersungguh-sungguh memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.
Adakah Syed Saddiq mampu mengekalkan jawatan beliau? Kita tunggu dan lihat. Harap-harap tiada lagi kes bergaduh, bertumbuk dan lompat pagar semasa pemilihan nanti.
Jika ada yang kalah nanti, jangan lah hisap dadah pula. Buang lah perangai setan tu -Tun Carlos