Bekas KPN, Musa Hassan dipanggil polis isu kaitkan DAP dengan Komunis
MELAKA TENGAH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk mengambil keterangan beliau berhubung dakwaan syarahan yang mengaitkan DAP dengan Parti Komunis Malaya (PKM).
Hamid Bador |
Menurutnya, perkara terbabit adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam menjalankan siasatan ke atas mana-mana kes yang dilaporkan.
Katanya, analisis terhadap kandungan video dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat unsur hasutan yang boleh membawa kepada ancaman keamanan negara atau sebaliknya.
Pemuda Sosialis DAP telah buat laporan polis terhadap Musa pada 1 Februari. |
Laporan polis terhadap Musa dibuat susulan tular video syarahannya dalam sesi wacana isu semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989 di sebuah universiti tempatan beberapa hari lalu.
Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee Chuan How berkata, dakwaan itu disifatkan sebagai satu fitnah yang dibangkitkan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
“Sebagai peringatan, bekas Pengerusi PKM, Abdullah CD yang bermastautin di selatan Thailand dalam satu wawancara media Disember lalu, menafikan kaitan DAP dengan komunis.
“Malah bagi pemimpin komunis itu, dakwaan DAP komunis adalah melucukan kerana baginya PKM satu-satunya parti yang membawa ideologi komunis di Malaysia.
“Jelas bahawa tuduhan Musa terhadap DAP adalah fitnah dan hasutan yang tidak bertanggungjawab serta memalukan diri sendiri sebagai bekas pegawai tertinggi PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam.
Menurut artikel Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Hamid Bador pihak polis ada menerima laporan dan bahagian siasatan jenayah akan mengumpulkannya dan mengambil tindakan terhadap siapa yang terlibat.
"Kita akan analisa kandungan video rakaman itu sama ada mengandungi unsur-unsur menghasut dan fitnah atau tidak. Memang ada laporan dibuat dan bahagian jenayah Bukit Aman CID telah pun mengambil tindakan," kata Hamid.
-Tun Carlos