Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bersatu belum putuskan samada Muhyiddin ataupun Mahathir sebagai PM



KUALA LUMPUR- Parti Bersatu belum lagi memutuskan siapa calon Perdana Menteri. Seorang pemimpin kanan Bersatu berharap, parti itu dapat mencapai persetujuan yang membolehkan kemelut yang berlaku sekarang diatasi segera.

Kelmarin semasa sidang media di Putrajaya, Tun Mahathir yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Sementara telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penggantinya kerana alasannya Muhyiddin saja yang dapat menerima UMNO. Tapi rupanya itu hanya cakap sahaja.




Bercakap kepada Malaysiakini, pemimpin kanan Bersatu itu berkata, parti perlu memutuskan sama ada mengetengahkan Dr Mahathir Mohamad atau Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri.

Hal itu kerana, katanya, Bersatu perlu berunding dengan parti lain seperti Umno/BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Warisan sebelum sidang khas Dewan Rakyat 2 Mac ini.

Bagaimanapun beliau mengakui, jika Muhyiddin dipilih, ia akan lebih memudahkan Bersatu diterima Umno dan PAS berbanding Mahathir.




Tun Mahathir dilihat amat terdesak untuk menjadi Perdana Menteri semula ekoran beliau telah ditolak bulat-bulat oleh semua parti politik termasuk PKR, DAP, UMNO dan juga PAS.

DAP, Amanah dan PKR sepakat memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, manakala UMNO dan PAS sepakat untuk bubar Parlimen.

Manakala di sebelah rakyat, majoriti mengharapkan YDP Agong segera membubarkan parlimen kerana sudah tidak tahan dengan pergaduhan kuasa antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi.

Undian online oleh pelbagai pihak termasuk Sinar Harian juga menunjukkan lebih 70% responden memilih untuk bubar Parlimen,

-Tun Carlos