KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)
1. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang dipengerusikan oleh
Presiden parti, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 24 Februari 2020 telah membuat
ketetapan menyokong penuh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri
Malaysia. MPT juga menolak peletakan jawatan YAB Tun sebagai Pengerusi
BERSATU.
2. Sejurus selepas mesyuarat tersebut, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Dewan Rakyat BERSATU untuk
menyampaikan keputusan parti supaya mereka terus memberikan kepercayaan
kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
iklan
3. Kesemua Ahli Dewan Rakyat BERSATU telah mengadap Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong pada pagi ini untuk menyatakan sokongan kepada YAB Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
4. Ahli-ahli BERSATU diseru supaya bertenang dan memberikan keyakinan penuh
kepada kepimpinan BERSATU untuk menangani situasi politik semasa.
5. Kita yakin bahawa situasi politik ini akan dapat diselesaikan dengan segera.
InsyaAllah parti dan negara kita akan muncul lebih gagah dan bersatu padu di bawah
kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir.
Dr Radzi Jidin
Ketua Penerangan BERSATU
26 Februari 2020
💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos
iklan
iklan