JOHOR- Umno Johor yakin akan ada kerajaan negeri yang baru susulan pembelotan oleh pemimpin dan wakil rakyat PKR.
Dengan keputusan Bersatu yang bertindak keluar dari Pakatan Harapan, jumlah kerusi dewan undangan negeri kini tergantung dengan kedua-dua pihak, masing-masing mempunyai 28 kerusi.
Barisan Nasional mempunyai 16 kerusi DUN, dan PAS - 1. Manakala Bersatu pula mempunyai 11 kerusi.
iklan
Bercakap kepada Malaysiakini, ketua Umno Johor, Hasni Mohammad bagaimanapun yakin bahawa mereka mampu mendapatkan bilangan kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.
“Kita sepatutnya mendapat satu (kerusi) dari PKR ... ini dijanjikan kepada kita oleh bos mereka di KL Mungkin (juga) akan ada lebih dari satu," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak lama lagi, Hasni berkata beliau akan tunggu untuk melihat perkembangan di Putrajaya terlebih dahulu.
iklan
Bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian apabila dihubungi pula berkata bahawa Bersatu belum lagi membincangkan pembentukan kerajaan negeri dengan Umno.
“Kita cuma dah keluar dari PH. Sama ada nak bersama dengan Umno tubuh kerajaan negeri, itu belum bincang lagi.
Semalam, Bersatu keluar dari PH berikutan percubaan rampasan kuasa yang mengakibatkan Putrajaya kini ditadbir berseorangan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara.
sumber: MalaysiaKini
iklan