Kembar siam atau dalam bahasa saintifiknya kembar bercantum atau 'conjoined twins' merupakan satu kondisi kelahiran yang sangat ganjil berlaku, dengan hanya melibatkan 1 daripada 189,000 kelahiran dalam setahun.
Fenomena unik ini berlaku disebabkan oleh kegagalan pembentukan tubuh yang sempurna berlaku, semasa pasangan kembar masih lagi berada dalam rahim menyebabkan kedua-dua bayi itu tercantum kebiasaannya di dada, perut atau pinggang.
Satu ketika dulu, kadar hidup kembar siam agak rendah namun hasil kemajuan sains perubatan, sudah acapkali pasangan kembar siam dapat diselamatkan dan ada juga yang berjaya dipisahkan. Bagaimanapun, bukan semua kembar siam selamat untuk dipisahkan - apatah lagi pasangan kembar yang berkongsi banyak organ utama.
Apa nasib pasangan kembar siam dalam dunia percintaan?
Bagaimanakah Islam melihat perkahwinan bagi pasangan kembar siam, sekiranya mereka selamat menempuh alam dewasa?
Bolehkah perkahwinan kembar siam berlaku dalam Islam?
Memandangkan nafsu manusia ni pelik-pelik, ssu ini sudah lama dibincangkan oleh para ulama' dan ahli akademik Islam, bukan sahaja di Malaysia - malahan seluruh dunia. Untuk melihat isu ini, kita perlu memastikan dua kategori utama dijadikan keutamaan.
Yang pertama adalah takrifan kembar sains daripada segi sains. Yang kedua adalah takrifan tentang perkahwinan menurut perspektif Islam.
Adakah pasangan kembar siam tidak mempunyai keinginan untuk mempunyai hidup berpasangan? Sudah pasti ya. Namun dari segi saintifiknya, setiap pasangan kembar siam ditakrifkan sebagai dua orang individu unik yang mempunyai dua perangai, sikap, identiti, akal dan hawa nafsu yang berlainan - walaupun tubuh mereka mungkin bercantuman.
Untuk mengecewakan anda yang mungkin berharap ada penamat bahagia bagi pasangan kembar siam yang mahu bercinta - maaf. Malangnya, tidak ada hujah yang boleh membenarkan perkahwinan berlaku di antara seorang manusia dengan pasangan kembar siam.
Kenapa Islam melarang perkahwinan dengan kembar siam?
Pendapat yang melarangnya menyifatkan akan wujud terlalu banyak masalah boleh berlaku seandainya mereka hidup bersama, daripada segi jasmani, rohani dan juga seksualiti. Isu berkenaan aurat serta hukum bersentuhan dengan bukan mahram juga akan menjadi masalah besar.
Masalah psikologi juga akan timbul seandainya salah seorang pasangan kembar siam yang tidak dikahwinkan, enggan tinggal bersama kembarnya dan pasangannya. Bagaimana hendak diselesaikan masalah itu? Selain itu akan banyak masalah timbul berkenaan zuriat, khasnya pasangan kembar siam yang hanya mempunyai satu sahaja lubang faraj bagi wanita.
Oleh kerana akan wujud terlalu banyak kekangan ke atas pasangan kembar siam itu dan pasangannya, sama ada lelaki atau wanita - adalah dinasihatkan agar perkahwinan dengan kembar siam tidak berlaku. Mudarat yang hadir amat sukar untuk diuruskan.
Adakah ada pendapat yang membenarkan perkahwinan seorang Muslim dengan pasangan kembar siam? Ada. Namun pandangan yang dikongsikan tetap meletakkan had tentang aurat dan sentuhan.
Jadi majoriti pendapat menyifatkan perkahwinan seseorang dengan kembar siam boleh berlaku, hanya seandainya mereka boleh dipisahkan terlebih dahulu agar yang berkahwin, mampu hidup berasingan daripada kembarnya.
Rujukan: IRSYAD AL-FATWA KE-159: PERKAHWINAN DENGAN KEMBAR SIAM
sumber: Illuminati
BACA: kaedah untuk tahu siapa yang santau kita