KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak menyeru agar YDP Agong membubarkan parlimen.
"Cukuplah krisis ini.Cukuplah cerita backdoor, front door. Rumah pun dah tiada. Nak berlanjutan sampai bila?
"Isu ini jelas pemimpin PH berebut kuasa. Tapi mereka salahkan orang lain? Salahkan UMNO dan PAS?"
"Ya. Muafakat Nasional memang ada beri sokongan kepada usaha pembentukan kerajaan baru SELEPAS runtuhnya PH.
iklan
"Ini adalah demi kesinambungan dan kestabilan Malaysia tetapi sokongan yang diberi adalah bersyarat.
"Syaratnya ialah kerajaan baru ini tidak melibatkan DAP.Namun, memandangkan syarat ini tidak dapat dipenuhi maka usaha pembentukan kerajaan baru tidak dapat diteruskan lagi.
"Jika macam itu, kita kembali kepada rakyat. Kembalikan hak rakyat menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan. Kuasa di tangan RAKYAT!
"Tolak PH 2.0! Bubar Parlimen!" ujar Najib di Facebook.
BACA: Bubar Parlimen adalah jalan terbaik -Tok Mat
BACA: Mahathir cadang kerajaan perpaduan tanpa parti politik pula
-Tun Carlos
💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos
iklan