Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cara Ketua Polis Negara tangani kes Syed Saddiq dan kematian Muhammad Adib dipersoal


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri DS Najib RAzak telah mempersoal tindakan Polis DiRaja Malaysia PDRM yang kelihata terlalu bersungguh-sungguh mengendalikan kes Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq yang dikepung dan dimaki oleh anak-anak muda di majlis Rapat Umum Armada Johor pada malam dua hari sudah.

Mana taknya, Ketua Polis Negara Hamid Bador telah mengarahkan PDRM mewujudkan satu pasukan khas untuk menyasat dan menangkap individu yang telah memaki hamun Menteri muda itu.




Najib juga telah berkongsi kronologi kes seorang anggota bomba iaitu Muhammad Adib yang sehingga kini masih belum selesai dimana pembunuhnya masih bebas sehingga kes terbaru Syed Saddiq dimaki.

1. Rusuhan Seafiled (Nov 2018).
- beribu orang merusuh untuk 2 malam.
- ahli bomba dipukul. Kereta bomba dirosakkan.
- Menteri-menteri PH tak suruh tubuh pasukan khas untuk siasat. Malah buat sidang media bersama di palimen untuk salahkan Polis.




2. Keputusan inkues kematian ahli bomba (Sept 2019)
- disahkan bahawa ahli bomba meninggal akibat dipukul dalam rusuhan
- sekali lagi, tidak ada seroang-menteri PH yang suruh tubuh pasukan khas Polis untuk siasat keputusan inkues.
- malah TPM Wan Azizah kata tiada keperluan pasukan khas. Pihak polis cuma semak semula kertas siasatan mereka.

27 Sept 2019: "Ditanya sama ada kerajaan akan mengarahkan polis untuk menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes itu, Dr Wan Azizah berkata, setakat ini pihaknya berpegang kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa polis akan menyemak kembali siasatan kes tersebut."
http://www.themalaysiantimes.com.my/inkues-adib-jangan-mai…/




3. Menteri panjat pagar (Jan 2020)
- Menteri PH dikepung dan dimaki 150 hingga 200 orang.
- Menteri pun panjat pagar.
- Menteri PH suruh polis tubuh pasukan khas untuk siasat kenapa Menteri terpaksa panjat pagar.
- Polis pun tubuh pasukan khas untuk siasat.

sumber: FB Najib Razak