Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Covid-19: Timbalan Menteri Kesihatan positif, dan 22 orang mati di Iran


IRAN: Terkini, 27 Februari seramai 22 orang telah mati akibat dijangkiti COVID-19 di Iran. Dilaporkan setakat hari ini sudah ada sebanyak 149 kes yang positif di sana,

Paling mengejutkan, Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi juga pada semalam telah disahkan positif  dijangkiti wabak tersebut di twitter beliau.

Presiden Iran, Hassan Rouhani memberitahu mesyuarat kabinet bahawa pihak berkuasa kesihatan akan terus kuarantin individu yang dijangkiti sahaja.




Pegawai Kerajaan telah meminta orang ramai untuk tidak pergi ke wilayah Qom, di mana telah menjadi pusat wabak ini.

Ada laporan mengatakan bahawa 50 orang telah mati di Wilayah Qom, tapi pihak Kerajaan menafikan perkara tersebut.


Laporan Kerajaan Iran pada 26 Februari


Iran juga menjadi sumber merebaknya puluhan kes di negara jiran, termasuk Afghanistan, Bahrain, Iraq, Kuwait, Oman dan Pakistan.

Terdapat 82,143 kes positif Covid-19 di seluruh dunia dan 2,805 kematian setakat hari ini.

BACA: Jumlah terkini Covid-19 seluruh dunia

-Tun Carlos