DUBAI, Kejadian alam yang berlaku di Ameriyah Arab Bersatu (UAE) semakin menimbulkan persoalan. Satu lagi cuaca ganjil melanda dan kali ini berlaku di pergunungan Jais di Dubai, UAE.
Seperti yang kita ketahui, Negara UAE dan juga Dubai sinonim dengan cuaca yang panas dan kering serta imej padang pasir.
Malah di sekelilingya adalah negara-negara yang mempunyai gurun sahara. Namun siapa sangka bumi Dubai akan diselaputi salji.
Lokasi terletaknya Gunung Jais di UAE. |
Gunung Jais, puncak tertinggi di UAE itu kini bertukar imej menjadi putih salju setelah cuaca menjunam ke -0.1 darjah Celsius pada 15 Januari lalu.
Manakala suhu purata di seluruh UAE pula antara 12 hingga 17 darjah Celsius. Ya, ia amat jauh berbeza dengan suhu kebiasaan iaitu 38 darjah celcius ketika siang dan 26 darjah celcius di malam hari.
Walaupun kejadian iklim ini menggembirakan penduduk di sana kerana ia jarang terjadi, namun ramai yang khuatir akan perubahan iklim sedrastik ini.
Mengikut rekod, cuaca ganjil seperti ini pernah beberapa kali terjadi pada tahun-tahun sebelum ini.
Pusat Meteorologi dan Seismologi Kebangsaan (UAE) juga telah mengesahkan salji yang turun itu adalah ketulan-ketulan daripada hujan batu.
Arus sejuk dan hujan dalam fenomena itu adalah disebabkan tekanan rendah dan pergerakan awan dari Arab Saudi ke UAE, kata pusat berkenaan.
unta pun jadi confused 😅 |
video:
-Tun Carlos