Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cubaan saat akhir Mukhriz untuk tolong bapanya kembali menjadi PM



KUALA LUMPUR: Di saat-saat akhir, Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir cuba untuk menolong bapanya kembali menjadi Perdana Menteri.

Sebentar tadi, beliau mempersoalkan majoriti sokongan terhadap Muhyiddin Yassin, apabila bukan semua anggota parlimen Bersatu menyokong presiden parti itu sebagai perdana menteri.

Mukhriz berkata enam anggota parlimen Bersatu menyuarakan sokongan kepada Mahathir.

Selain beliau dan Mahathir sendiri, Mukhriz berkata anggota parlimen tersebut ialah Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Syed Saddiq (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah).




"Bagaimana diakui 36 anggota parlimen Bersatu menyokong Muhyiddin sebagai PM jika ada enam penyokong Mahathir?

"Bohong untuk jadi PM?" soal menteri besar Kedah itu di Facebook.

Hantaran itu turut disertakan dengan kenyataan media Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya yang menyatakan parti itu menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang "dihadiri oleh 36 ahli parlimen".

-Tun Carlos



💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos