Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dakwaan Pilihanraya merugikan duit rakyat, Najib buktikan Ambiga buta ekonomi



KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak menyangkal dakwaan bekas Pengerusi  BERSIH, Ambiga Sreevanesan mengenai dakwaannya yang membayangkan jika ada pilihanraya umum ia akan merugikan wang rakyat.

Menurut Ambiga di twitternya, beliau terkejut kerana apabila Ketua Suruhanjaya Pilihanraya memberitahu kos untuk menjalankan pilihanraya adalah RM750 hingga 800 juta.


Ciapan Ambiga di akaun twitternya.




"Ambiga ini bukan faham ekonomi pun. Sebenarnya, ekonomi negara akan dirancakkan setiap kali PRU diadakan." ujar Najib yang juga bekas Menteri Kewangan.

"Ini kerana perbelanjaan tempatan akan menaik dan dana akan disuntikkan ke dalam ekonomi tempatan semasa PRU. Wang yang dibelanjakan untuk PRU bukan pergi ke mana pun. Semua dibelanjakan dalam ekonomi tempatan."

Menurut Najib, Ambiga boleh merujuk beberapa kes seperti di Turki dimana ketika pilihanraya, negar aitu telah keluar dari kemerosotan ekonomi.

Ini satu kes dari tahun lepas:
Turkey exits recession after election stimulus
https://www.france24.com/…/20190531-turkey-exits-recession-…




"Sudah tentu Ambiga juga pernah lihat dengan mata sendiri bagaimana ekonomi tempatan dirancakkan setiap kali ada PRK.

"Lagipun, sebuah kerajaan yang lebih stabil selepas PRU berbanding kerajaan kucar-kacir nyawa-nyawa ikan sekarang merupakan pendokong paling besar untuk ekonomi negara.

"Pelabur dan Rakyat akan lebih yakin.dengan kerajaan yang lebih stabil. Nilai Bursa Malaysia sudahpun turun sebanyak RM400 bilion selepas pelabur tak yakin dengan kerajaan PH.

"Apakah kos RM500 juta hingga RM800 juta jika dibandingkan dengan RM400 bilion yang sudah pasti dipulihkan dengan kerajaan yang lebih stabil serta kompeten?




"Sebab itu, alasan kos PRU dari Ambiga dan Khalid Samad ini adalah langsung tidak sah.

Akhir sekali, Najib menyoal Pakatan Harapan.

"Kenapa kos PRU bawah PH boleh naik sehingga 60% dalam tempoh 2 tahun sahaja ke RM800 JUTA (bukan Bilion, ye)?

"Tahun 2018 (PRU14)  kita buat cuma RM500 juta. Korang banyak offset-offset lagi ke?: sola Najib di Facebook

Ada siapa boleh jawab tak, kenapa naik mendadak kos Pilihanraya zaman PH ni?

-Tun Carlos