LEBUHRAYA Plus, sebuah kenderaan Myvi berwarna putih secara kebetulan telah terakam di dalam kamera dashcam seorang pemandu di mana memandu dalam keadaan yang sangat merbahaya.
Pemandu Myvi tersebut memandu dengan sangat laju dan cuba untuk memotong kenderaan yang lain.
Ketika ingin memotong kereta yang berwarna biru, Myvi tersebut didapati telah menghimpit sebuah kereta yang juga berwarna putih sehinga kereta itu terlanggar pembahagi jalan.
Kereta yang dilanggar Myvi itu telah terbabas ke tengah lebuhraya dan tiba-tiba seorang anak kecil tercampak keluar dan jutuh tergolek di atas lebuhraya.
Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana tidak digilis oleh kereta berwarna biru dan juga kenderaan yang lain.
Pemandu Myvi itu dipercayai sedang dicari oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
video: