Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Harga simen naik 44%



KUALA LUMPUR, menurut bekas Perdana Menteri DS Najib Razak, pada bulan Jun tahun lalu, media laporkan harga simen sedang naik 20% hingga 50% selepas YTL dan Hong Leong membeli syarikat simen masing-masing.

"Wee Ka Siong dan saya pertengahkan isu ini. Kita beri amaran bahawa kenaikan harga pembinaan begitu tinggi dalam masa yang singkat seperti ini akhirnya akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat." ujarnya di Facebook hari ini.




Pada 6 June 2019 yang lalu, DS Najib berkata kenaikkan harga simen sebanyak sehingga 50% amat membimbangkan.




Ia akan menyebabkan kenaikan kos untuk barang-barang lain termasuk harga rumah dan kos projek kerajaan. Akhirnya, kos sara hidup rakyat juga yang akan menerima impak.

Beliau difahamka bahawa harga simen naik bukan di Johor sahaja tetapi di seluruh negara dengan kenaikan antara 20% hingga 50%.




Menurut Najib, di bawah kerajaan BN, tidak pernah berlaku kenaikan yang begitu besar dalam masa yang singkat.

Antara sebab lain, kenaikan harga mengejut ini dipercayai juga berpunca dari pembelian syarikat simen Lafarge Malaysia oleh YTL dan langkah kumpulan Hong Leong untuk membeli syarikat Tasek Cement dengan sepenuhnya.


Ketika itu, beliau telah menggesa Kerajaan PH mengambil tindakan serta merta.Tetapi Menteri KPDNKK, Saifuddin Nasution dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng minta DS Najib jangan masuk campur. Kedua mereka umum takkan berlaku kenaikan harga simen.




Tetapi selepas itu, harga simen naik secara senyap-senyap. Sudah naik 44% sejak bulan Jun r\tahun lepas. Kenaikan harga simen yang luar biasa ini telah dilaporkan secara meluas oleh media bahasa Cina hari ini.

"Senyap-senyap tipu." ujar Najib mengakhiri postingnya.

-Tun Carlos