Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ibubapa mengeluh aktiviti keagamaan di asrama jejas prestasi murid



Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan kehidupan berasrama, pastinya sudah terbiasa dengan rutin dan aturan kehidupan di sana. Asrama adalah satu permulaan yang bagus buat anak-anak untuk belajar hidup berdikari dan menghayati aktivi keagamaan bersama rakan-rakan sebaya.

Namun tidak disangka, terdapat ibu bapa yang tidak sedang dengan aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun asrama.




KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan ahli keluarga murid yang belajar di sekolah berasrama kerajaan bereputasi mempersoalkan apa yang dilihat seperti terlalu mementingkan amalan-amalan agama yang mengganggu pelajaran.

Ramai mendapati amalan ritual dan aktiviti keagamaan mencapai suatu tahap yang memberi kesan kepada prestasi akademik.

Kegiatan-kegiatan itu memakan terlalu banyak masa dan tenaga pelajar sehingga mereka jadi letih dan lesu di kelas atau masa mengulangkaji pelajaran.

gambar hiasan




“Seingat kami tidak pernah anak ke sekolah tahfiz atau sekolah pondok,” kata Amir, bapa seorang pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor.

Ibu bapa murid-murid ini memberitahu wartawan Free Malaysia Today (FMT) keadaannya lebih-lebih lagi bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Tingkatan 3 dan 5.

Mereka berkata pelajar diminta menghadiri sesi wajib solat berjemaah, serta ritual tidak wajib seperti solat tahajud, solat hajat, dan tazkirah, di mana mereka perlu bangun seawal 3 pagi.




Aduan kepada pengetua sia-sia: ibu bapa diberitahu ritual-ritual itu untuk mendapatkan “keberkatan” dan memastikan pelajar dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, sekaligus menaikkan kedudukan dan nama sekolah, kata Amir kepada FMT.

“Masalahnya kedudukan sekolah tak akan naik sebab kamu nak bertanding siapa lebih Islamik, bukan siapa lebih cerdik,” tambahnya.

Aduan sama tentang bau keagamaan dan pelambangannya di sekolah-sekolah kerajaan bukan berasrama juga semakin meningkat, di sebalik perdebatan terbuka yang berterusan mengenai polarisasi dalam sistem pendidikan.




Ramai penganalisis dan pakar bimbang sekolah-sekolah kebangsaan tidak lagi berbilang kaum; pada masa sama terdapat seruan menyeru kerajaan berusaha ke arah sekolah satu aliran bagi memupuk perpaduan.

Amir, 43, juga merupakan produk MRSM. Dia gembira apabila anaknya terima tawaran memasuki sekolah lamanya, kerana yakin akan tumpuannya pada pendidikan berkualiti tinggi.

Obsesi kuasa ghaib

Seorang ibu pula bercakap mengenai pengalaman luar biasa anak perempuannya dengan obsesi terhadap kuasa ghaib di sekolahnya.

Wanita itu memberitahu FMT anak perempuannya itu diminta hadir ke sesi mengusir makhluk halus kerana dia tidak dapat menyertai kelas bacaan Al-Quran kerana menghadiri kelas tambahan Biologi.




“Anak saya dituduh malas mengaji dan didakwa ada gangguan jin sehingga diruqyah ustaz tersebut. Ini sangat melampau,” katanya yang tidak mahu dinamakan.

sekadar gambar hiasan

Dia berkata guru berkenaan tetap mahu anak perempuannya menyertai kelas bacaan Al-Quran, walaupun selepas guru biologi minta pelajar itu diberi pengecualian.

“Akhirnya, anak saya gugurkan subjek tersebut ketika menduduki SPM tahun lepas,” katanya.

Amir juga sedar tentang kelas bacaan Al-Quran itu, atau Talaqqi, mengatakan ia dikenakan bayaran yuran sekolah tambahan sebanyak RM200.




FMT difahamkan oleh ibu bapa bahawa kelas Talaqqi selepas waktu sekolah sudah jadi wajib dihadiri bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4.

“Kalau tak pergi, kena denda. Kalau ambil ujian, tak lulus, kena denda juga, kemudian kena ambil ujian sekali lagi,” katanya, dan menambah pelajar yang tidak hadir ke kelas itu atau gagal ujian akan diminta menghafal ayat Al-Quran.

Haiqal terkejut apabila anak saudaranya beritahu tentang “peraturan tidak masuk akal” di sekolahnya, seperti perlu memakai seluar panjang bawah kain baju kurung sekolah; pakai kemeja T labuh ketika bersukan dan sarung tangan.

Haiqal diberitahu ini bagi mengelakkan pelajar lelaki melihat susuk tubuh pelajar perempuan.




“Kami tiada peraturan seperti ini dahulu, tetapi masih berjaya menjaga diri sendiri dan berpakaian dengan baik ke sekolah,” katanya, yang anak saudaranya belajar di sebuah sekolah MRSM di Perak.

Amir berkata pelajar diajar mempersoalkan banyak amalan tradisi orang Melayu Islam, mengatakan ia bid’ah.

“Mereka mula mempersoalkan amalan agama di rumah mengatakan amalan ibadat mereka tiada asas dan bersifat bid’ah,” katanya. “Inikah yang para pentadbir sekolah katakan ‘keberkatan’?”




Hmmm.. Hasil dari pembacaan aku, kebanyakan ibu bapa berpendapat aktiviti keagamaan tersebut memakan terlalu banyak masa serta tenaga para pelajar. Ini menyebabkan anak-anak mereka jadi lebih letih dan lesu di kelas ataupun semasa mengulang kaji pelajaran.

Sebagai bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), zaman aku belajar dari tingkatan 1 hingga 5 memang sekolah kami menitik beratkan agama. Walaupun sekolah aku tu sekolah Sains, boleh kata aktiviti keagamaan di sekolah aku lebih banyak dari sekolah agama. Yang penting kami tahu macam mana nak bahagi dan uruskan masa.




Bayangkan pada masa perhimpunan, jika ada berita yang menggembirakan diumumkan seperti skuad sukan memenangi apa-apa acara contohnya, kami semua tak bertepuk tangan, sebaliknya kami bersalawat. Ok je pun.

Apapun kita patut ambil iktibar dari ulama-ulama dan cendikiawan Islam zaman dahulu seperti Imam Shafie dan yang lain-lain. Imam Shafie sendiri pun menghabiskan 1/3 malam dengan beribadah.

Untuk menjadi luar biasa, kita perlu lakukan perkara yang luar biasa.

-Tun Carlos