Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Inilah Perdana Menteri Interim pertama Malaysia, bukan Mahathir


Negara dikejutkan apabila Perdana Menteri Malaysia ke-7 , Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatannya.

Tapi selepas itu YDP Agong telah melantik beliau semula untuk menjadi Perdana Menteri Interim, ataupun Perdana Menteri sementara sehinggalah Kerajaan baru terbentuk.

Ramai yang beranggapan bahawa Tun M adalah Perdana Menteri Interim yang pertama. Tetapi sebenarnya bukan beliau.

Perdana Menteri Interim pertama adalah Tun Ling Liong Sik. Beliau adalah bekas Presiden parti MCA.




Tun Ling Liong Sik pernah dihadapkan ke Mahkamah kerana dituduh menipu kerajaan Malaysia berhubung PKFZ. Tetapi telah dibebaskan.


Kembali ke tahun 1988, zaman di mana riwayat parti perjuangan kemerdekaan (UMNO) telah diharamkan dan ditamatkan oleh Mahkamah Agung.

Seperti yang kita sedia maklum, negara ketika itu diterajui Barisan Nasional yang dipimpin oleh parti UMNO. Apabila riwayat parti UMNO dibubarkan, secara tidak langsung negara ketika itu mempunyai kekosongan jawatan Perdana Menteri.




Parti UMNO ketika itu dibubarkan dan diharamkan kerana gara-gara pergaduhan dan perebutan kuasa antara Tun Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh (Ku Li). Pada masa itu, rakyat menjadi keliru seperti hari ini.

Bagi memastikan ekonomi Malaysia tidak terjejas, Tun Mahathir telah meminta orang yang paling dipercayainya iaitu Tun Ling Liong Sik, Presiden MCA ketika itu untuk mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Tun Ling Liong Sik bersama Tun Mahathir ketika menandatangani "Deklarasi Rakyat" untuk menjatuhkan Najib Razak




Ada juga yang mengatakan Tun Ling Liong Sik hanya menjadi Perdana Menteri sementara hanya dalam beberapa hari sahaja.  Ada juga yang berkata hanya dalam  lingkungan beberapa puluh minit.

Bila UMNO Baru ditubuhkan, jawatan Perdana Menteri tadi diberikan balik kepada Tun Mahathir.

Tetapi bezanya perlantikan Tun Ling Liong Sik sebagai Perdana Menteri sementara tidak diperakui kerana tidak mendapat perlantikan watikah oleh Yang Di-Pertuan Agung ketika itu.

BACA: YDP Agong tak perlukan nasihat PM Interim untuk Bubar Parlimen

-Tun Carlos

💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos