Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu offset bukan rasuah, PM dakwa media salah lapor pula



PUTRAJAYA, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa pada hakikatnya beliau tidak bermaksud pun berkata tuduhan rasuah yang dihadapi Air Asia sebagai pembayaran "offset".

Tun Mahathir mengulas isu membabitkan AirAsia semalam selepas syarikat penerbangan tambang murah itu terpalit dalam dakwaan rasuah bernilai RM240 juta yang melibatkan Airbus.

Semalam, beliau berkata adalah menjadi "amalan" kerajaan untuk meminta offset dalam tawaran permerolehan.




“Saya dengar tuduhan bahawa AirAsia terlibat dengn rasuah, tetapi saya tak berani nak buat keputusan.

“Tetapi biasanya apabila kerajaan pun membeli peralatan kita selalu minta apa ni, offset, umpamanya bila kita beli kapalterbang kita minta offset samada kita anggap offset itu sebagai rasuah atau tidak, terpulang.

Di dalam portal MalaysiaKini juga semalam, mereka melaporkan bahawa PM mengulas isu Air Asia dan bercakap "offset bukan rasuah."




Oleh itu hari ini  Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bahawa semasa menjawab persoalan oleh wartawan, Perdana Menteri menegaskan bahawa adalah wajar bagi kerajaan untuk memohon "offset" (imbangan) untuk mendapat manfaat dari pembelian yang besar.

Menurut kenyataan akhbar itu, Perdana Menteri tidak mengatakan Air Asia mendapat manfaat daripada amalan biasa oleh Kerajaan ini. Beliau berkata bahawa jika wang itu pergi kepada individu-individu, itu yang membuatkan ia jadi rasuah.




Jika ia bukan untuk faedah peribadi maka ia bukanlah rasuah dalam pandangannya. Ia terpulang kepada penyiasat untuk menentukan sama ada ia adalah rasuah atau tidak.

Laporan dalam media yang merujuk kepada perdana menteri yang mencadangkan tuduhan rasuah terhadap Air Asia sebagai pembayaran offset adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Pejabat Perdana Menteri memandang serius laporan dan laporan yang mengelirukan yang tidak mencerminkan secara tepat apa yang dikatakan Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri menasihatkan media agar lebih sensitif terhadap laporan yang mengelirukan orang awam.

-Tun Carlos