Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Koronavirus meningkat 14 kes, termasuk 1 kes wanita warga Malaysia di Kedah -KKM



PUTRAJAYA, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad memberi kenyataan dalam satu sidang media bahawa Malaysia mencatatkan dua lagi kes koronavirus baru (2019-nCoV) melibatkan seorang rakyat Malaysia dan seorang warganegara China.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini meningkat kepada 14 orang berbanding 12 kes semalam.

Kes ke-13 membabitkan warga Malaysia

Rakyat Malaysia berkenaan adalah adik kepada lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun (kes ke 9) yang didapati positif virus berkenaan pada 3 Februari lalu selepas pulang dari Singapura.

Wanita itu dikatakan mempunyai kontak langsung dengan abangnya apabila kembali ke kampung halamannya di Sungai Petani pada 23 Jan untuk merayakan Tahun Baru Cina.




Sembilan hari kemudian iaitu pada 1 Feb, dia menghidapi demam dan sakit tekak serta batuk tiga hari kemudian.

Wanita itu kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta. Lokasi klinik berkenaan atau bila wanita itu menerima rawatan di situ tidak disebut oleh Dzulkefly.

Menurutnya, sebaik sahaja abangnya dikesan positif 2019-nCoV wanita itu kemudian dijejaki oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan disahkan positif semalam (5 Feb).

Hanya wanita itu disahkan positif daripada seramai 42 orang yang diuji selepas dipercayai mempunyai kontak dengan abangnya.

Dzulkefly berkata wanita berusia 42 tahun itu kini ditempatkan di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah dan keadaannya kini stabil.




Kes ke-14 membabitkan pelancong dari Wuhan

Seorang pelancong wanita berusia 38 tahun yang berasal dari Wuhan juga didapati positif 2019-nCoV.

Dia tiba di Malaysia pada 25 Januari lalu bersama ibunya dan tiga lagi rakan. Kumpulan itu melawat beberapa tempat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur.

Pada 1 Feb, dia mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana demam.

Doktor yang merawat beliau telah membenarkannya balik dengan dibekalkan ubatan bagi merawat gejala yang dialami dan juga Home Assessment Tool.




Beliau dan ahli kumpulannya telah diarahkan untuk tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan.

Pada 5 Feb, pelancong berkenaan didapati positif virus itu selepas dirujuk semula ke Hospital Kuala Lumpur oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

"Beliau kini telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Dzulkefly.

Setakat hari ini (6 Feb), 4 rakyat Malaysia dan 10 warganegara China disahkan positif virus berkenaan di negara ini.

BACA: Jumlah terkini kes Wuhan seluruh dunia

-Tun Carlos