Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kaedah untuk tahu siapa yang santau kita



Pernah tak kena santau? Atau pernah tak ahli keluarga atau kawan kena santau? Kadang kadang ada bermacam macam sebab kenapa orang sanggup menjadi syirik dengan menghantar santau.

Selalunya yang kita dengar ia berpunca atas dasar perniagaan, perasaan cemburu dan juga dari bekas kekasih.

Bagaimana Nak Tahu Siapa Yang Santau Kita?

Di sini ada kaedahnya yang dikongsi dari seorang ustaz, tapi perlu diniatkan bukan untuk membalas dendam tapi hanya untuk lebih kepada berhati-hati dengan pelaku.

1. Sebelum tidur, lakukan solat sunat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Lakukan selama 7 hari atau lebih.




2. Semasa solat sunat hajat dan istikharah doa agar Allah berikan kesembuhan dan permudahkan dalam membuat rawatan disamping itu mohon tunjukkan apakah masalah yang anda hadapi.

3. Sebelum tidur pastikan anda berada dalam keadaan air sembahyang, maafkan semua orang dan tidur mengikuti sunnah-sunnah nabi ketika tidur.

4. Sekiranya anda tidur dan bermimpi wajah seseorang dalam keadaanya marah, hodoh atau menakutkan yang berulang-ulang kali hanya wajahnya sahaja dan apabila terjaga segeralah sedekah kan Al-Fatihah kepada beliau dan doa mohon kepada Allah agar dia bertaubat serta berikanlah ia hidayah dan petunjuk kejalan orang-orang yg beriman.




5. Lakukan berulang2 kali dan perlu diingatkan jangan ada sebesar zaharah sekali pun untuk membalas. Kita perlu ingat, setiap perbuatan baik atau jahat biar Tuhan saja yang membalasnya.

6. Teruskan ikhtiar dalam mencari kesembuhan dalam rawatan islam dan mempertingkatkan amalan kita ikhlaskan kerana Allah swt.

Insya Allah.

Sumber Artikel: Facebook Norazri Medzlan

BACA: Bolehkan seorang islam berkahwin dengan individu kembar siam?