PUTRAJAYA, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook daripada DAP menolak khabar angin berhubung kerjasama politik antara UMNO dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad,
Kerajaan gabungan itu dikatakan bertujuan untuk mewujudkan kerajaan tanpa DAP yang dilihat memudaratkan negara, bangsa Melayu dan Islam.
Ini berikutan banyak keputusan yang dibuat Kerajaan yang memberi kerosakan kepada negara seperti membuang pekerja kerajaan, penjualan banyak aset-aset negara, penjualan aset orang Islam, menyokong fahaman komunis, membantah tulisan Jawi dan bermacam-macam hal lagi.
Sehubungan dengan itu, Anthony Loke menggesa semua pihak agar tidak mendengar dan percaya kepada khabar angin mengenai kerjasama politik tersebut.
"Kita jangan buang masa terhadap khabar angin itu. Akan ada khabar angin berterusan di sana sini. Sudah tentu, ramai oportunis mahu menggugat kerajaan.
"Setakat yang kita tahu, kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir adalah kukuh dan stabil.
"Jangan buang masa terhadap khabar angin," kata setiausaha penganjur kebangsaan DAP itu kepada media selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.
Loke meminta semua pihak memberi tumpuan dan fokus kepada isu wabak koronavirus.
BACA: Saya rasa seperti melayang, kata Tun M mengenai sokongan UMNO
-Tun Carlos