KUALA LUMPUR Sebahagian struktur bangunan tinggi yang sedang dalam binaan runtuh di Taman Desa, Kuala Lumpur petang ini.
Ketika berita ini ditulis, terdapat laporan percanggahan laporan mengenai jumlah orang yang cedera.
Portal EdgeProp melaporkan bahawa bangunan itu dikenali sebagai The Address, yang dibangunkan oleh Maxim Holdings Sdn Bhd.
Bangunan itu direncana mempunyai tiga menara dengan 30 tingkat di atas sebidang tanah yang pernah menjadi rizab Tenaga Nasional Bhd.
Penduduk Taman Desa sebelum ini giat berkempen membantah projek itu kerana ia pernah dikategorikan sebagai kawasan hijau di bawah Pelan Induk Kuala Lumpur 2020.
Bagaimanapun, bantahan mereka tidak diendahkan dan tindakan undang-undang mereka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak berjaya.
Ini adalah kali kedua sebuah kondominium yang sedang dibina di Kuala Lumpur runtuh sejak tahun lalu.
Pada 25 Jun tahun lepas, The Pinnacle di Sri Petaling turut menyaksikan kejadian sama apabila bahagian koridor di satu tingkat runtuh.
video: