WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjangkakan wabak novel coronavirus yang kini sudah mengorbankan lebih 1,000 orang di China akan berakhir menjelang cuaca panas, pada April ini.
“Virus ini secara tipikalnya akan tamat pada April. Panas, secara amnya, membunuh virus jenis ini,” katanya kepada pemberita di Rumah Putih hari ini.
Virus Wuhan ataupun 2019-nCoV telah menjangkiti lebih 40,000 orang sejak kemunculannya pada akhir tahun lalu, di China manakala di Amerika Syarikat menyaksikan 12 kes yang disahkan positif.
Walaupun sering dilihat bergaduh, Trump memuji China dan Presiden Xi Jinping dalam usaha negara itu menangani wabak itu.
"(Saya) bercakap panjang dengan Presiden Xi ... dua malam yang lalu. Saya berasa sangat yakin pada April ini (musim) panas, secara amnya membunuh jenis virus ini. Itu akan menjadi perkara yang baik," kata Trump yang dipetik oleh AFP.
BACA: Jumlah terkini virus Wuhan
-Tun Carlos