Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengakui lanskap politik Pakatan Harapan sekarang sudah berubah berbanding ketika beliau menjadi PM ke 4 dahulu di mana parti lamanya (UMNO) suatu ketika dahulu ada kuasa veto kerana parti itu dominan.
Oleh itu parti komponen BN lain terpaksa mengikut apa sahaja keputusannya, terang beliau semasa wawancara bersama sebuah laman berita baru, The Malaysia Post.
Beliau memberikan tindakan Gabungan Parti Sarawak yang mengundi tidak menyokong usul meminda perlembagaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh.
"Dahulu semuanya berjalan dengan licin kerana parti yang berkuasa ialah Umno, dan Umno ini dominan dan ada majoriti dua pertiga. Umno pada masa itu boleh buat apa saja sehingga ada pemimpinnya yang buat salah tapi masih kekal (berkuasa).
Menurut Tun Mahathir lagi, walaupun beliau adalah pengerusi PH, segala keputusan memerlukan konsensus daripada lima parti, iaitu empat parti komponen PH dan sekutu mereka, Parti Warisan Sabah.
"Tetapi sekarang jika kita tak buat keputusan yang boleh diterima lima parti, kita tak boleh jalankan tugas. Jadi kita perlu bendung perasaan diri (peribadi) supaya kita dapat terima pendapat lain yang telah diubah suai untuk menepati kehendak lima parti," katanya lagi.
Mengikut daripada kenyataan Tun Mahathir, jelas beliau tak ubah seperti boneka sahaja sekarang. Kuasanya terhad. Apa sahaja keputusannya seperti baru-baru ini untuk melaksanakan PPSMI pun ditentang oleh rakan-rakan pemimpin dari parti DAP. Apatah lagi untuk memperkasakan agama Islam dan kaum Melayu.
-Tun Carlos