Mahathir cadang "Kerajaan Perpaduan" tanpa parti politik pula
KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Interkom. Maaf, interim. Dr Mahathir Mohamad mencadangkan idea "kerajaan perpaduan" pula setelah rancangan untuk bersama UMNO dan PAS gagal.
Beliau difahamkan telah menjemput ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti politik untuk turut serta, kata beberapa sumber politik yang dipetik Reuters.
Mahathir dikatakan mencadangkan idea itu kepada ketua parti politik utama yang ditemuinya hari ini, termasuk dari BN dan PH, kata laporan itu yang memetik sumber tidak dinamakan.
iklan
"Dengan ketiadaan calon lain, nampaknya Mahathir bersedia untuk membentuk kerajaan," kata salah satu sumber yang dipetik Reuters.
"Tidak akan ada entiti politik. Mungkin menjadi kerajaan tanpa parti-parti politik," kata sumber itu lagi.
Ini bermakna mana-mana ahli parlimen tak kira samada dari DAP pun, juga boleh menyertai tanpa menggunakan lambang DAP.
iklan
Sumber lain yang dipetik berkata, "Rancangan sekarang adalah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Sumber itu tidak mahu dikenali kerana mereka tidak dibenarkan bercakap dengan media. Sementara itu pejabat Mahathir yang dihubungi Reuters, tidak memberikan komen segera.
Dah terdesak ke atok?
-Tun Carlos
💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos
iklan