KUALA LUMPUR: Seorang jurucakap Istana Negara memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat Raja-Raja melayu pada esok hari seperti yang dilaporkan ketika ini belum lagi disahkan.
Sebelum ini, menurut laporan dari The Star, Raja-raja Melayu akan bersidang bersama dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok sebelum solat Jumaat.
Seri Paduka, sejak Selasa lalu telah berjumpa dengan semua ahli parlimen dan beberapa pemimpin parti politik. Hari ini, baginda berkenan menerima mengadap perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad.
Semua ini susulan krisis politik parti Kerajaan yang menyebabkan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan yang tak sampai setengah penggal.
Mahathir ketika ini menjemput semua ahli parlimen untuk bersamanya membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang tidak terikat dengan tekanan daripada sebarang parti politik.
Kerajaan Persekutuan PH tumbang Isnin lalu berikutan pengunduran Bersatu dari PH dan peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri.
Walau bagaimanapun, PKR, DAP dan Amanah berikrar untuk tetap bersama sebagai PH dan telah menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka serta mengulangi komitmen mereka untuk menunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto PRU-14.
Manakala UMNO dan PAS memilih supaya kuasa rakyat dikembalikan kerana walaupun Anwar mahupun Mahathir yang dipilih, Kerajaan baru yang akan dibentuk akan lebih menyusahkan rakyat dan memeningkan kepala semua orang. Oleh itu lebih baik diadakan semula Pilihanraya.
-Tun Carlos