Muafakat Nasional berjaya satukan rakyat, Insyaallah kita masuk "pintu depan" -Hadi Awang
KELANTAN Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak gopoh dalam menentukan percaturan politik, malah akan berusaha menjadi kerajaan melalui 'pintu depan'.
"Saya rasa proses demokrasi ini macam-macam (cara) nak masuk parlimen pun ada banyak pintu, boleh pilih nak masuk pintu mana. Tapi mestilah ikut proses undang-undang yang betul.
“Insya-Allah kita masuk pintu depan. Cuma kita tahu ada orang nak jadi perdana menteri pintu belakang," katanya pada sidang media di program syarahan perdana di Kota Bharu, malam semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Adam, menyatakan rasa "malu" apabila mendakwa Umno kini dipimpin oleh seorang presiden yang dianggapnya lemah serta tiada jati diri kerana mahu bergabung dengan Mahathir untuk mewujudkan kerajaan baru.
"Itu kena tanya parti itu, jangan tanya saya. (Sebarang) andaian saya tak boleh jawab, mungkin orang parti itu lebih tahu," katanya.
"Kita tak gopoh mesti lihat perkembangan politik, sebab politik ini anjal (dan) fleksibel kita buat andaian (lain) dia berlaku lain, sebab itu kalau berlaku, baru kita buat keputusan.
"Yang penting Muafakat Nasional dah berjaya menyatukan umat Islam dan memberi keyakinan kepada sebahagian bukan Islam," kata Abdul Hadi.
-Tun Carlos