GOMBAK. Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak sempat meluangkan masa menziarahi keluarga pelawak terkenal Abam Bocey setelah habis prosiding mahkamah di Jalan Duta petang tadi.
"Suasana yang sedih dan pilu. Saya di Masjid Gombak Utara jumpa keluarga Allahyarham Abam Bocey.
"Takziah dan saya berharap semua tabah menghadapi dugaan hidup ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-Fatihah." ujar DS Najib Razak
DS Najib bersama ibu Abam |
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi ini.
Balunya Nor Hidayah memberitahu bahawa Allahyarham telah demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa.
DS Najib di Masjid Gombak Utara |
"Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
-Tun Carlos