Nazri dah balik Malaysia, beliau tolak Mahathir sebagai PM
KUALA LUMPUR- Malam tadi, anggota Parlimen Padang Rengas dari Umno, Nazri Abdul Aziz yang dikatakan sedang bercuti di London sudah kembali ke Malaysia.
Beliau akan hadir ke Parlimen pada 2 Mac ini, untuk mengundi siapa yang akan menjadi perdana menteri.
Ditanya berkenaan rancangan kerajaan perpaduan oleh Mahathir, Nazri berkata selaku anggota parti beliau akan menolaknya.
"Kerajaan perpaduan bukan pertimbangan, sama ada anda bekerja dengan kami semua atau tidak," katanya kepada Malaysiakini.
Nazri berkata beliau akan menyokong gesaan untuk pilihan raya diadakan.
"Sejak dari awal, saya sudah berkata bahawa presiden Umno pada 2018 berkata pendirian parti adalah kita akan menjadi pembangkang sehingga PRU ke-15, dan kita bekerjasama dengan PAS untuk PRU ke-15," katanya.